Kenapa saya suka sunflower? Sebabnya, saya rasa sunflower menggembirakan hati saya bila saya melihatnya, seakan-akan, ia berkata kepada saya, "Heyy look at me, saya ceria, saya happy, dan saya pastinya membuat hidup kamu bersemangat, tenang dan happy". So, saya nak jadi macam awaklah sunflower! 


HARDSHIP

Bila teringat kisah-kisah lalu, banyak pengajaran yang Allah hantarkan melalui ujian-ujian. Banyak juga moment-moment yang indah, tapi, ia tidak sepadu ujian. 

All started while I was a medical student. Sebelum tu, ada ujian, tapi it didn't rip my hair out 😂

I was there before, being a perfectionist, semua yang saya nak, saya mesti dan kena dapat. If it turns out the other way, saya akan menangis 😂

Dulu, semua yang saya nak, saya dapat, Allah kabulkan. Tapi, semua itu stop bila saya masuk universiti dan belajar ilmu medik. Banyak faktor that lead to my drop achievement during my medical school. Anxiety trait, adaptation new environment, far away from my confidance which is my parents, introvert, small circle group of friends, nak bergaul dengan orang, tapi tak pandai. Kalau dalam group yg besar, lidah kelu dan kaku, rasa malu nak bersuara. Kesimpulannya, social skill sangat kurang. Masalah pon selalu share dengan orang yg paling saya rapat, iaitu mak. other than that, no and nehi 😂

Apa yg saya rasa bila fail dalam final exam dan kena repeat another 6 months lagi?

Masa tu, saya rasa dunia saya seakan runtuh. I dont know how to describe the feeling, but i am totally dissapointed with myself, my friends, my sibling, my parents. Saya rasa seperti Tuhan tidak sayang saya. Saya banyak buat dosa, i am not a good girl, sebab tu Tuhan punish me in that way. Thats what i thought during that time. Lanjutan fikiran-fikiran tersebut, saya menjadi seorang yg rebel, in out, saya berperang dengan diri sendiri. Saya sedar yang saya menjadi seorang yang rebel dan hamba yg derhaka kepada Tuhan. Solat yang dulunya selalu on time, tapi sengaja dilewatkan. Dulu seorang yang bercakap sopan dengan mak, bertukar kepada anak yang meninggikan suara kepada mak. I struggle with myself, alone, untuk menerima takdir and to learn and repeat the same thing ( repeat and recall all the past 3 years clinical knowledges). 

Masih segar lagi di ingatan yang saya akan ke hospital tiap-tiap hari to practice all the shortcases and long cases and most of the time, bila saya rasa penat, saya akan menangis sorang-sorang dalam bilik rehat sampai terlintas dalam hati ini, wani, sudahlah menangis, sudah letih matamu, sudah penat emosimu. (Most of the time , saya akan berehat sebentar dalam bilik rehat Female Medical Ward Hospital Ampang). Masa ni, usia sudah 26 tahun, but i still struggle with myself, a lot. Kenapa lewat sangat grad? Sebab saya belajar di universiti yang untuk completekan medical field, you should study there 6 years + 1 year asasi. 

Usai repeat exam, balik kampung and rest di kampung, rasa sangat happy masa ni. Alhamdulillah. Masakan orang tanya, dah ada boyfren ke? Hmmm, diri sendiri pun banyak benda belum setel, macam mana saya nak jumpa jodoh. Terlalu banyak ujian sampai saya tak terfikir nak cari jodoh dan tidak tahu apa itu self-love. Tapi, truly saya rasa sangat bersyukur sekarang, kerana disebabkan saya yang dahulu itulah, saya menjadi saya yang sekarang.

Starting that moment, sedikit sebanyak, baru saya tahu saya jenis yang macam mana. So, saya decide untuk buat housmeanship di hospital berdekatan rumah sahaja. For the first trial e-ho, saya tak dapat placment yang saya nak, so i defer for another 4 months. Second trial, baru dapat hospital di kelantan, iaitu HUSM. Selepas sudah melalui zaman housemanship selama 2 tahun tanpa extesion, now i realised dan lebih kenal diri dan appreciate semua benda yang berlaku.  Bila kita happy, hati tenang, lebih mudah kita tarik rezeki. Bila kita sedih, fikiran bercelaru, rezeki akan lari dari kita..kepada adik- adik yang kena repeat exam, jangan bersedih, sebabnya nanti kamu akan jadi lebih cekap bila start housemanship. Contohnya, masa houseman, i need to do a lot of assestments, tapi, most of the time, saya boleh setelkan assestmet lagi cepat dari orang lain. Sungguh, saya xde ppe, semua milik Tuhan. 

Then, masa houseman , saya kenal apa itu istilah self-love. Self-love, iaitu sayang diri sendiri. Simple, tapi sangat power, trust me. Self -love itu adalah bilamana kamu buat benda-benda yang happykan diri, jauhi dari semua perkara yang menjadikan diri down including negative emotion, self doubt. Senang cerita, jauhi dari benda2 negatif, in out. Cantikkan diri, fitkan diri, feed your brain dengan ilmu berfaedah, feed your soul with quran dan ilmu agama. Yang paling penting, feed your emotion with positive thougts. Berani untuk berkata tidak pada perkara-perkara yang mengganggu kehidupan. Siapa lagi yang nak sayang diri kita selain diri sendiri kan? 

Rasanya ada banyak lagi perkara yang hendak diceritakan dan dikongsi, tapi sudah masuk maghrib pulak. Bye bye uolls 😊




Comments

Popular Posts