Harini, di sini, di dalam teratak rumahku yang sudah lama ini, aku termenung jauh..

'' Apa akan jadi pada masa depanku? "

Persoalan yang sering berlegar-legar di dalam kotak pemikiranku sejak akhir-akhir ini.

Dengan segulung ijazah dan tempoh pengajian yang agak lama, 6 tahun 1/2 MBBS with 2 years housemanship training, aku rasa sangat penat. Ditambah lagi dengan jawatan kontrak sebagai pegawai perubatan, no one will understand, unless awak sendiri adalah Dr kontrak. 

Kami pegawai perubatan tidak kaya, gaji kami sikit jika dibandingkan dengan usaha dan waktu yang kami korbankan. Dengan status kontrak lagi, ia tidak menjamin apa-apa untuk masa depan kami. Kami tidak memerlukan simpati daripada sesiapa, tapi kami memerlukan empati dari orang-orang yang memahami. 

Masa muda kami hanya tertumpu pada pelajaran, tak pernah terfikir soal jodoh sebab kami bersaing dalam pelajaran. Ditambah lagi dengan yang kena repeat tahun semasa study, lagi stress.

Harini satu email dari KKM pop up di screen handphoneku, " KKM telah memutuskan rayuan Tuan/Puan tidak dapat dipertimbangkan lagi dan keputusan ini adalah muktamad dan tiada rayuan lagi dibenarkan ". Aduh.. Rayuan minta pertukaran ke Semenanjung tidak dipertimbangkan. Walhal, pertukaran ini dibuat suka sama suka dengan kawan saya dari Kedah yang sememangnya nak ke Sabah. Saya faham situasi sekarang yang memang memerlukan new MO contract di Sabah, tapi ...

Saya melihat kelibat ayah dan mak yang sudah uzur. Mereka baru je selesai sarapan pagi. Tiada sesiapa di rumah ini, hanya kami bertiga. Suasana terus terdiam seketika. 

Teringat mak selalu bagitaw, "Wani, mok dokleh drive male-male, mata mok tak nampak sangat, petang pon mok gamam (tak cekap) bawa keta.." Mok cepat letihlah sejak kebelakangan ni, sakit urat la semua, mok dokleh doh buat kerja macam dulu. Kata-kata mak yang selalu terngiang-ngiang dalam kepala. Kelibat ayah pula sering kelihatan duduk terbaring di atas kerusi melepaskan lelah, not sometime but most of the time..

Still in dilemma to decide the best decision. "Adakah aku harus ke Sabah mengejar impianku atau ..."

Kehidupan itu sendiri adalah tanda tanya



Comments

Popular Posts