Denggi di Sabah
Sepanjang menetap di Sabah, pernah 2 kali disahkan positif denggi. Yang pertama adalah di akhir bulan November 2021. Masa ni, yang aku perasan, symptoms dan blood reading tak berapa teruk. Tapi masa ni, demam berpanjangan, almost 2 week tak resolve, on and off demam. Ada muntah2, tapi sekadar 2 kali sahaja untuk 2 hari, otherwise ok lah. Result darah pon ok, comel2 je..tak merisaukanlah orang kata π
Tapi, untuk denggi kali kedua, iaitu yang berlaku pada March 2022, masa ni agak merisaukan jugak sebab kali keduakan..tapi mujur strain yang hinggap dalam tubuh ni jenis yang tidak membahayakan iaitu IgM. Tapi dalam keadaan yang tidak merisaukan jugak pon,sis kena tolak masuk ward jugakkk π Kena tahan dalam female medical ward HTW selama 5 hari. Kena masuk ward sebab ada warning sign iaitu muntah2 teruk sampai makanan tak boleh masuk satu pon dan yang keluar dari mulut masa tu hanyalah bilious content for multiple episodes of vomiting. Dalam hati asyik berdoa moga dipanjangkan umur sebab sis banyak dosa dan lama tak murajaah Quran betul2. Sis menyesal dan fikir kalau inilah kali terakhir sis hidup dibumi ini. π
Masa dalam ward, aku sedikit kekok sebab pertama kali masuk ward dan merasai pengalaman sebagai pesakit. Dulu, pandai cucuk orang je..sekarang, hmmm..
Aku tengok blood result, ya Allah, platelet drop menjunam macam bukit Broga. Tapi at the same time, hematocrit menurun jugak dari 51. Alhamdulillah. Mujur ada kawan yang superb nice and kind, yang banyak bagi support minum air kosong banyak2. Baru faham macam mana perasaan orang sakit yang tak bole tolerate orally well. π’ Lepas minum air kosong 3-4 botol dalam ward, platelet dan hematochrit normalised back to normal..badan pon rasa makin segar.
Dalam ward jugak, ada seorang adik houseman yang baru, rasanya first poster. Aku rasa sedikit kesian dekat dia. Teringat diri sendiri pon pernah berada di tempat dia suatu ketika dahulu. Tangan dia terketar2 masa nak syringe out blood di line blood taking, then blood tak mau come out πππ
Appuuuu..jgn macam tu blooddd..keluarlah banyak2..aku bermonolog sorang2 dalam hati risau takut kena cucuk. Then, adik houseman tadi bgtaw nak insert line lain untuk ambil darah kan, then aku setuju sebab tengok dia macam gelisah nak cucuk. Aku kasi adik houseman tenang dulu and affirm dia yang takpe buat silap, sebab masih belajar kan..camtulah ayat aku dekat adik houseman tadi sebab tak nak kasi dia gelabah. Then, dia pon tenang dan insert another iv line. Sakit jugak sebab banyak kali kena cucuk sebab denggi kan. Huaaaaa, tak mau dah masuk spital.
Lepas tu, makan minum, mandi semua tu pon kena urus sorang2 sebab duduk jauh dengan family. Kedua2 belah tangan ada iv line, sakit bila nak gerak. Solat pon sis mampu solat duduk je. Agak perit jugak pengalaman masuk ward bila berjauhan dengan family.
Malam ke-4, ada new patient admit then masuk duduk bersebelahan katil. Malam tu, tiba2 black out, suasana dalam ward jadi gelap gelita dan sunyi. Hanya bertemankan cahaya dari lampu handphone misi ward sahaja. Tiba2, pesakit yang duduk disebelah sis menyanyi dengan suara yang sedih, lagu sedih dia nyanyi..tiba2 semua mata tertumpu ke arah sis dan pesakit tadi. Sis tertanya2 kenapa dia menyanyi dan jawapannya sis dah jumpa malam tu jugak. Tapi at the bright side, hilang bosan dalam ward bila ada kawan kat tepi katil yang suka menyanyi. π
Sis duduk dalam ward biasa sahaja, tak minta ward special pon. Mestilah banyak yang kurang selesa bila difikirkan balik, tapi itulah satu pengalaman yang sangat berharga yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Semoga, wani di masa hadapan akan sentiasa insaf dan berhati2 dengan kehidupan. Ku coretkan kisah ini untuk ingatan diri sendiri dan kawan2 yang terbaca post ini supaya ingatlah, Tuhan boleh ambil bila2 je masa dan nyawa kita. Hidup biarlah sederhana dan jangan berlebihan dalam semua perkara. Dan yang penting, kita patut bersyukur sebab masih diberikan nyawa untuk terus hidup dan menjadi hamba Dia. Jangan pernah resah dan gundah bila yang diharapkan masih belum tercapai. Bersyukurlah dengan apa yang masih ada sekarang. Embrace yourself, everyday and every minute ok πππ
![]() |
| Female medical ward HTW, Sabah |



Comments
Post a Comment