Allah sayang kita
Terlalu sayang
Sehingga Dia sering menguji
Untuk tarik kita kembali
Setiap kali kita menjauhkan diri.
Allah sayang kita
Terlalu sayang
Sehingga Dia menjadikan hidup ini penuh tragedi
Untuk kita terus pelajari
Agar kemudiannya kita dapat menasihati.
Allah sayang kita
Terlalu sayang
Sehingga Dia jadikan ramai manusia mengecewakan diri
Untuk kita sedar dan mengerti
Dialah sebaik-baik Menghargai.
Allah sayang kita
Terlalu sayang
Sehingga Dia menjadikan kita manusia
Yang menggalas amanah besar sebagai khalifah-Nya
Kerana Dia mahu berikan peluang Syurga!
#sharing dari Dr Nur Hanisah



Comments
Post a Comment